Pages

Tuesday, April 19, 2011

GURU BUKAN HANYA MENGAJAR SEMATA-MATA

Guru menjadi
1. Pakar kaunseling - apabila pelajar menghadapi masalah di dalam kehidupannya
2. Model - apabila semua tingkah laku dan cara pemakaian guru diikuti pelajar
3 Penyanyi - apabila pelajar ingin belajar lagu yang baru
4. Pelawak - apabila pelajar ingin dihiburkan
3. Tukang kebun- apabila guru bersama dengan pelajar membuat taman untuk sekolah
4. Kerani - apabila guru menyimpan dan mengemas kini semua rekod dan data-data pelajar
5. Tukang Fotostat - apabila guru sanggup mengeluarkan wang untuk fotostat tugasan pelajar
6. Jurulatih sukan- apabila ada pelajar berbakat ingin menyertai pertandingan sukan
7. Akauntan - apabila mengurus yuran-yuran kelas, kelab dan lain-lain
8. Polis - apabila guru patut menjaga keamanan di sekolah

Guru adalah segala-galanya. Guru mempunyai banyak tanggungjawab untuk membina modal insan yang berguna kepada negara. Betul lah perumpaan mengatakan "Guru ibarat lilin". Terlalu banyak pengorbanan guru dalam membentuk siapa diri kita sekarang.
Dulu, saya pernah bercita-cita jadi guru waktu kecil sebab saya tengok guru saya baik, cantik dan perwatakan mereka sangat menarik. Tetapi bila dah masuk alam sekolah menengah, tiba-tiba saya tukar cita-cita nak jadi akauntan. Ni sebab saya sangat suka kira-mengira dan sangat meminati Mathematics dan Additional Mathematics. Sebab guru yang ajar saya subjek ni semuanya best. Konfem tak pernah mengantuk di kelas. Satu lagi alasan yang pelik sebab saya nak jadi akauntan. Sebab nak tengok duit-duit setiap hari. So, bermimpi nak jadi kaya lah tu.

Tapi, Tuhan merancangkan kehidupan yang menarik untuk saya. Tuhan menyuruh saya lulus dalam temu duga untuk masuk Institut Pendidikan Guru jadi guru pelatih. Kehidupan seorang guru ialah sederhana. Mereka bukan dalam kategori yang kaya raya. Jadi, bersyukurlah sebab saya berpeluang masuk syurga. Tuhan ada mengatakan orang kaya susah nak masuk kerajaan Syurga sebab mereka sangat mementingkan harta di duniawi dan terlalu mementingkan diri. Betulkah?? Fikir-fikirlah sendiri..

Nak dijadikan cerita... Sepanjang proses temu duga saya memang sangat pelik. First, saya lah orang yang paling akhir mengisi permohonan maktab berbanding kawan-kawan saya yang terlalu bersemangat. Pastu, saya dapat temu duga dalam subjek yang saya ambil iaitu dua pilihan Science dan Mathematics tetapi saya interview Science lah. Bila tunggu punya tunggu, akhirnya result pun keluar. Lain pula bidang yang diberikan kat saya. Pengajian Sosial ?? Memang 100% saya tak tahu pun apa-apa pasal Pengajian Sosial. Tapi, saya sanggup tanggung risiko untuk pergi jak ke Institut Pendidikan Guru Tun Abdul Razak di Kota Samarahan. Kini, saya mula mencintai bidang perguruan ni dan berharap lepas habis belajar kat IPTAR nanti, saya mahu memberi sumbangan kepada pelajar dan di dalam dunia pendidikan selagi saya mampu buat =)

No comments:

Post a Comment