Pages

Monday, April 18, 2011

BILA HATI TERLUKA....

Pernahkah hati anda terluka? Kecewa? Putus asa? Hampa? Saya pernah dan saya yakin orang lain pun pernah merasainya. Situasi saya dianalogikan sepeti kehilangan 'teddy bear' yang saya sayangi selama 4 tahun. Bayangkan anda jaga, sayang, luahkan apa saja kat 'teddy bear' tu seolah-olah dialah peneman setia anda bertahun-tahun. Tetapi, apabila 'teddy biar' tu tiba-tiba hilang? Pasti merasa kehilangan dan kesunyian kan? Begitulah apa yang saya hadapi dahulu... Semasa bergelut dengan masalah tersebut, mak tiba-tiba call " Kamu apa khabar kat sana?" Jauh di lubuk hati, saya ingin meluahkan dan menceritakan segala-galanya kat mak tetapi saya hanya menjawab "Mak, saya ok di sini. Saya menjalani hidup saya seperti biasa" Ya...sampai sekarang saya masih menjalani hidup seperti biasa. Bermula 7.30 pagi sehingga 4.00 petang, saya kuliah seperti biasa. Waktu malam, saya makan, buat tugasan, buat kerja kursus dan buat kerja lain seperti biasa. Saya masih hidup. Saya tak bunuh diri, cederakan diri dan buat benda yang tak logik akal. Sebab apa? Sebab Tuhan selalu menyertai saya di saat saya gembira dan kecewa. Pada saat tersebut, baru saya tersedar. Tuhan tidak akan membebani saya dengan masalah yang saya tidak mampu hadapi tetapi Tuhan beri di saat saya sudah bersedia untuk menghadapinya.

Apabila bergelut dengan penderitaan, perlukah saya salahkan Tuhan? Sudah semesti jawapannya adalah TIDAK. Sebab saya sendiri yang salah. Saya terlalu berpusatkan kepada seorang manusia bukannya Tuhan. Sedangkan, Tuhan tidak mencipta lelaki dan wanita untuk menjadi pusat rujukan utama di antara satu sama lain. Namnun, lelaki dan wanita adalah diwujudkan untuk melengkapi di antara satu sama lain. Pusat rujukan utama yang sebenar ialah Tuhan. Saya sering lupa, apabila ada masalah, saya luahkan kepada manusia dan mencari penghiburan dengan cara saya sendiri. Saya lupa, saya patut meluahkan segala masalah dengan berdoa kepada Tuhan? Bertapa kehidupan yang saya jalani selama ini terlalu jauh dari Tuhan. Kini, selepas saya sedar, saya ingin terus berjalan bersama Tuhan bukannya menjauhkan diri daripada Tuhan.

Puji Tuhan. Kini, saya dapat bangkit daripada kelukaan-kelukaan tersebut . Caranya mudah sahaja, berdoalah dan mintalah agar Tuhan menyembuhkan luka-luka kita. Kemudian, ampunilah orang tersebut. Susahkan nak ampunkan seseorang? Tetapi inilah cara yang paling cepat untuk menyembuhkan luka-luka tersebut. Ketenangan hati lebih bernilai daripada hati yang sarat dengan dendam. Tuhan telah memberikan BIG LOVE kepada saya lebih daripada apa yang manusia mampu beri. Tuhan hiburkan hati saya dengan cara yang unik dengan menngunapakai kawan-kawan dan keluarga saya untuk menceriakan hari-hari saya. Tuhan telah memberi kehidupan baru untuk saya.

Dahulu, selama berbulan-bulan saya telah lupa cara senyuman saya, saya lupa cara nak bergaul dan bermesra dengan kawan-kawan sebab saya hanya berada di dunia saya sendiri dan sangat kecewa dengan apa yang telah terjadi. Namun, kini saya sudah ingat cara saya senyum dan cara saya bermesra dengan orang lain. Bertapa, saya merindui sikap saya yang dahulu tetapi saya bersyukur sebab saya kini sudah menjadi manusia baru. Selepas melewati waktu kesukaran, saya telah belajar banyak benda pasal diri saya dan orang lain. Pengalaman masa lalu telah mengajar saya untuk tidak terlalu berharap kepada manusia tetapi saya patut menyerahkan segala harapan kepada Tuhan. Melalui Tuhan, harapan itu tidak akan disia-siakan.

Bertapa saya mencintai segala yang terjadi. Melaluinya, saya banyak belajar benda yang sangat berharga di dalam hidup saya. Tuhan selalu memberi rancangan yang terbaik untuk manusia. Tuhan menyuruh kita melewati sesuatu perkara supaya kita dapat belajar dari perkara tersebut.

Bagaimana berurusan dengan hati anda yang hancur???

(Buku ini telah banyak membantu saya di dalam persembuhan)

1. Berhenti mempercayai pembohongan Iblis

2. Menyatakan kelukaan itu

3. Membenarkan orang lain menanggung kelukaan itu

4. Meluaskan ruang linkup kehidupan anda

5. Percaya bahawa anda boleh disembukan

6. Berdoa

7. Mengampuni

8. Makanlah dari Firman Tuhan

9. Ingatlah, masa itu diperlukan

10. Pergunakanlah sumber-sumber dinamik Tuhan

11. Berserah kepada pelepasan

RENEW YOUR STRENGTH

But those who hope in the Lord will renew their strength. They will soar on wings like eagles; they will run and not grow weary, they will walk and not be faint.

(Isaiah 40:31)

SALAM PERKENALAN

Shalom....akhirnya saya buat blog ni sendiri walaupun blog saya dulu ada wujud tapi dibuat kawan.. Tapi blog ni 'special' sikit sebab saya buat sendiri pada waktu yang sangat sibuk dengan assignment, kerja kursus dan lain-lain.... Tajuk blog saya buat ni agak ke'Iban'an cause i'm proud jadi anak Iban... "Sesingkang Kaki Nyingkang" bermaksud setapak kaki saya ke depan.... nak tahu maksud mendalam?? Fikir-fikirlah sendiri....WELCOME TO MY BLOG..